
Okay, Entri kali ini, aku cuba menggunakan bahasa melayu sepenuhnya. Bukan apa, saja..inginkan kelainan. Sejak lahirnya blog
imbeautifool.blogspot.com, aku menggunakan bahasa inggeris sebagai bahasa komunikasi. Bukan bermakna aku tidak berbangga dengan bahasa ibunda ku, Cuma aku ingin meningkatkan penggunaan bahasa inggerisku yang semakin hari semakin lemah. Aku pun tak tahu kenapa. Apa yang boleh aku kata, bahasa inggerisku hanya “sedang-sedang” saja. Oleh itu, aku mendidik (membiasakan) diriku menggunakan bahasa inggeris dalam penulisan blogku. Oleh itu, pada hari ini, aku menggunakan bahasa ibundaku untuk penulisan entri kali ini.
Buat pengetahuan kalian, minggu ini adalah minggu terakhir aku menjalankan praktikal di Telekom Malaysia (TM). Selepas ini, aku terpaksa melengkapkan
academic writing (maaf..terguna bahasa inggeris..hehe~); ini merupakan satu halangan perasaan yang amat besar kerana aku benci melaksanakannya. Namun, apakah daya. Aku terpaksa memaksa diriku ini menyiapkannya. Huhu… Kini, aku dalam dilema kerana dalam masa yang sama, Boss aku (Puan Shikin) menawarkan pekerjaan “suka-suka ”di sini. Kenapa aku nyatakan “suka-suka”? Adakah aku hanya melakukan aktiviti suka-suka di pejabat? Maksud aku, aku ditawarkan bekerja selama 3 bulan di TM iaitu selama tempoh cuti semesterku sebelum aku masuk ke semester akhir pada awal bulan Julai ini. Namun, yang menjadikan aku dalam dilema adalah, kemungkinan besar, dalam bulan April ini, aku sibuk kerana terpaksa (memang terpaksa!) menyiapkan/melengkapkan AW aku. Ini kerana AW (
fcuking) bakal menyumbangkan 6 jam kredit pada semester ini. Kalau lah,
pointer aku jatuh..maksud aku CGPA aku jatuh, akulah insan paling sedih dan tak dapat terima kenyataan. Huhu… Impian aku adalah ini graduasi dengan mata CGPA yang membanggakan. Kalau boleh, 3.00 keatas… kalau kebawah, sedih taw!!!!.
Tisu-tisu, TOLONG miss TISU!
